Sunday 15 April 2012

Lawatan Penanda Aras SK Seri Iskandar, Perak

15 April 2012 - SKTM 1 telah dikunjungi oleh warga SK Seri Iskandar, Perak untuk lawatan penanda aras di dalam proses meningkatkan mutu pembelajaran dan pendidikan.

Wednesday 7 March 2012

Seni Kreatif

Hasil kerja murid PPKI


Teknik CELUPAN

sesuai untuk mengenali kepelbagaian warna.


Monday 20 February 2012

Nature Walk 2012

Nature walk bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid khas mengenal kewujudan flora dan fauna. Di samping menghirup udara yang segar dan nyaman mereka dapat menyihatkan tubuh badan dan otak yang cerdas.



Thursday 16 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul 2012

 Tidak ketinggalan PPKI SKTM 1 turut serta merayakan hari kebesaran junjungan kita Muhammad S.A.W dengan melaungkan salam dan selawat ke atas nabi kita dan perarakan sebagai tanda memperingati baginda S.A.W. Majlis ini berlangsung pada 16 Feb 2012. Selain itu persembahan istimewa daripada murid-murid SKTM 1 yang terdiri dari persembahan nasyid, pertandingan azan, bercerita dan pertandingan mewarna.

 

Thursday 12 January 2012

Minggu Transisi PPKI

Minggu transisi telah bermula pada 03 Januari 2012. Program ini berlangsung selama seminggu bagi murid-murid PPKI tahun satu. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid yang pertama kali melangkah ke sekolah. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan sempena minggu transisi. Antaranya memberi pendedahan membaca doa sebelum belajar, kemahiran manipulatif, senaman pagi, mari menonton, seni kreatif dan sebagainya.

Selain itu memberi pendedahan menjadi murid berdisiplin dan berpotensi, berkeyakinan, berkawan dan kebolehan mengurus diri. Program ini juga memberi pendedahan awal "seronoknya ke sekolah". Dengan bermain sambil belajar menjadikan murid-murid berkeperluan khas seronok dan berkeinginan untuk menimba sesuatu yang baru.