Thursday 12 January 2012

Minggu Transisi PPKI

Minggu transisi telah bermula pada 03 Januari 2012. Program ini berlangsung selama seminggu bagi murid-murid PPKI tahun satu. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid yang pertama kali melangkah ke sekolah. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan sempena minggu transisi. Antaranya memberi pendedahan membaca doa sebelum belajar, kemahiran manipulatif, senaman pagi, mari menonton, seni kreatif dan sebagainya.

Selain itu memberi pendedahan menjadi murid berdisiplin dan berpotensi, berkeyakinan, berkawan dan kebolehan mengurus diri. Program ini juga memberi pendedahan awal "seronoknya ke sekolah". Dengan bermain sambil belajar menjadikan murid-murid berkeperluan khas seronok dan berkeinginan untuk menimba sesuatu yang baru.