Thursday 7 February 2013

Sekitar Sambutan Maulidur Rasul 1434 H








Kem Keberdikarian Murid

Persiapan untuk menyanyikan 3 buah lagu utama

Antara para jemputan

Menyanyikan 3 buah lagu dan menaikan bendera

senam robik

Majlis perasmian oleh Guru Besar



sesi demonstrasi menggosok gigi

sesi penerangan penjagaan gigi
sukaneka


Aktiviti mencari Di mana saya ?


Tarikh : 05 FEBRUARI  2013
Hari : SELASA
Masa : 7.45 pagi-1.30 tghari
Tempat : Tapak Perhimpunan SKTM 1

Jenis aktiviti    : Demostrasi dan Pertandingan

            Program Kem Keberdikarian  Murid Fasa 1 telah dilaksanakan dengan jayanya oleh semua warga pendidikan khas.Fasa 1 ini dilaksanakan dengan tema ”Bersih,Sihat dan Cergas”.Program ini dilaksanakan untuk mengukuhkan jati diri murid-murid pendidikan khas dalam pengurusan kehidupan.

            Kem ini dirasmikan oleh Puan Hjh zainon Binti Hamzah selaku Guru Besar SKTM 1 dan dihadiri oleh Puan Alawiyah Binti Amri selaku wakil pasukan pergigian bergerak hospital Tanah Merah.

            Antara objektif kem ini ialah meningkatkan tahap kebersihan murid-murid dan menguruskan diri dalam kehidupan seharian. Semoga dengan pelaksanaan kem ini murid-murid boleh menerapkan amalan-amalan baik dalam kehidupan seharian.

           Program Kem Keberdikarian  Murid Fasa 1 memfokuskan kepada mata pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan, kemahiran manipulatif,pendidikan seni visual, pengurusan tingkahlaku dan pengurusan diri.

          Program Kem Keberdikarian  Murid Fasa 1 mendapat kerjasama daripada Pasukan Pergigian Bergerak, Hospital Tanah Merah, Tanah Merah, Kelantan. Antara pegawai yang hadir ialah :

1.    JP Alawiyah Bt Amri
                  2.    JP Nurul Huda Bt Anuar
                  3.    PPK Norlida Bt Mahmood
                  4.    PPK Jamaluddin Juned

          Pengisian kem ini ialah senamrobik, amali berus gigi, dan acara sukaneka. Antara pertandingan yang dilakukan ialah mewarna,mencari harta karun,dan mencantum gambar. Nama pemenang dicatatoleh hakim pertandingan. Hadiah disampaikan oleh Tuan Guru Besar di perhimpunan mingguan.

Keputusan pemenang Program Kem Keberdikarian  Murid Fasa 1 :

1.    Mencari Harta Karun
                             I. Abd. Hannam Bin Baharudin
                            II. Arief Bin Rosli
                           III. Nur Izati Binti Zulkifli

2.    Mencantum Gambar
                              I.        M. Faqees Daewis Bin Rashid dan Nurhafiz Bin Kamarudin
                            II.        Afiq Danial Bin Zaalaudin dan Saiful Asyraf bin Shasul Bahari
                           III.        Nurul Halini Bt Mohd Hazami dan Nik Mimi Azira Bt Nik Zahariman

3.    Mewarna
                              I.        Nurul Auni Nasuha Bin M.Sabri
                            II.        Nurul Ain Bin Hamat
                           III.        Azka Ekrima bin Zainuddin